posted by | on Blog | 19 comments

Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana mereka menghasilkan barangan-barangan yang bercita rasa tinggi ataupun berprestij dengan hasil sulaman tangan. Bagi rakyat negara mereka, setipa hasil sulaman tangan yang dimiliki akan membawa kebanggaan kepada diri mereka kerana secara tradisi ia hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu tika dahulu.

Sulaman Tangan Mendapat Sambutan Segenap Lapisan Masyarakat.

Oleh itu, setiap barangan sulaman tangan akan mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat di negara-negara tersebut. Begitu juga dengan sulaman tangan di negara kita tercinta, Malaysia. Ia juga sama seperti di negara-negara jiran di atas, namun ia berkembang agak lambat dan perlahan sedikit berbanding dengan sulaman manik.

Punca Sulaman Tangan Lambat Berkembang.

Jika dilihat apakah punca situasi tersebut terjadi ialah kurangnya kemahiran menghasilkan sulaman tangan adalah faktor yang paling penting dalam memperkembangkan hasil sulaman tangan ini.

Ia sebenarnya tidak semudah sulaman manik yang hanya boleh ditiru tanpa mempelajari teknik penghasilannya. Atau dalam erti kata lain, jika anda mencuba membuat manik secara cuba-cuba, anda tetap dapat hasilkan corak rekaan manik anda sendiri walaupun tidak berapa kemas atau lebih dikenali dengan jahitan hentam kromo.

Tetapi dalam seni sulaman tangan ini, jika anda cuba-cuba membuatnya tanpa berguru, maka biarpun selama mana anda membuatnya, selama itu jugalah anda tidak dapat membentuk biar sekuntum bunga sekalipun. Dan selalunya kuntuman bunga tersebut akan menjadi kuntuman ‘lintah’ yang kurus kering atau lintah kekenyangan bentuknya.

Sulaman Tangan Merupakan Kemahiran Yang Memerlukan Teknik Yang Betul.

Dalam sulaman tangan ini, jika ia tidak dihasilkan dengan teknik yang betul, pastinya ia tidak akan menjadi.
Maksudnya, tiada istilah ‘hentam kromo’ dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan. Itulah nilai dan prestijnya seni sulaman tangan ini berbanding dengan sulaman-sulaman yang lain. Unik sememangnya ia unik dan mempunyai nilai tersendiri dalam mengekalkan warisan seni sulaman tersebut.
Jadi, mempelajari kemahiran sulaman tangan ini, sangat bernilai untuk anda tambahkan dalam seni kemahiran sulaman anda.

Selamat Belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Online Akademi Sulaman Sri Classic

logoTangan Perlukah Berguru Untuk Mempelajari Sulaman Tangan Ini?

Jangan Lupa Pelajari Sulaman Tangan Benang Bersama Kami!

Related posts:

  1. Masih Relevankah Mempelajari Teknik Sulaman Manik Asas?
  2. Fesyen Sulaman Tangan Benang : Kegemaran Wanita Terkini
  3. Motif Design Sulaman Tangan Mengikut Jangka Usia Pemakai
  4. Rekaan Sulaman Tangan Di Peringkat Antarabangsa
  5. Tips Bermanfaat Jikalau Anda Penyulam Sulaman Tangan Benang Baru
Tags: ebook sulaman tangan, bengkel sulaman tangan, barangan sulaman reben, sulaman tangan online, kurus teknik sulaman reben terkini, unik sulam tangan, zaitun saleh, sulaman benang, na warisan sulam, sulaman tangan

19 comments

  1. Zainab Jaafar
  2. Nazirah A Zamani
  3. Natasha Azman
  4. Siti Fatimah Suleman
  5. Zubedah Muhd
  6. Natasha Wahid
  7. Na'emah Ahmad
  8. Fatma Muhd
  9. Anatasha Abd Wahub
  10. Marisah Badli
  11. Alisha Zulqarnain
  12. Sakinah Ab Karim
  13. Zaitun Saleh

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply