Belajar Sulaman Kerawang Online

bengkel sulaman kerawang Belajar Sulaman Kerawang

potrait Belajar Sulaman KerawangDari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Kerawang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

akhbar wanita1 Belajar Sulaman Kerawang
Rata-rata ramai di kalangan peminat sulaman kerawang mempunyai mesin sulam mahupun mesin jahit yang direkomenkan oleh penjual, namun sehingga kini masih tidak dapat menyulam kerawang dengan baik. Bahkan, ada di kalangan anda yang sudah memiliki pelbagai jenis mesin sulam dan mesin jahit yang mencecah ribuan ringgit harganya.

Persoalannya, Mengapa Anda Masih Tidak Dapat Menyulam Dengan Baik? Adakah Terdapat Mesin Yang Khusus Sahaja Yang Sesuai Untuk Menyulam Kerawang?

 

model fesyen sulaman 01 Belajar Sulaman KerawangSebenarnya, semua mesin jahit boleh diguna pakai untuk menyulam, asalkan anda mengetahui kaedah menyelaras dan melakukan sedikit perubahan kepada mesin jahit tersebut. Yang paling penting, jika mesin jahit anda adalah separa manual dan bukan fully auto, maka… anda boleh menyulam kerawang menggunakan mesin tersebut.

kerawang b Belajar Sulaman KerawangCuma, mesin jahit biasa, tidak boleh digunakan secara heavy duty atau lasak berjam-jam lamanya untuk menyulam kerawang anda. Namun, jika anda masih belajar menyulam kerawang, anda dinasihatkan kami agar belajar mengguna pakai mesin jahit anda yang sedia ada terlebih dahulu. Dan sekiranya anda sudah yakin dan mahu menjadikan bidang sulaman kerawang ini sebagai sumber pendapatan, barulah anda berfikir dan merancang untuk membeli mesin sulam industri yang lebih mahal.

Kami Tidak Mengajar Anda Menggunakan Mesin Pilihan Kami Tetapi Kami Mengajar Anda Menyulam Menggunakan Mesin Yang Sudah Anda Miliki

 

Ya! Sama ada anda memiliki mesin mudah alih, mesin domestik mahupun mesin sulam industri, kesemuanya adalah sama kaedahnya jika

  • Anda tahu teknik menyulam kerawang dengan betul,
  • Tahu mengimbangkan benang dengan baik,
  • Tahu melaraskan fungsi setting mesin anda, dan
  • Tahu mengayak pemidang dengan kemas.

kerawang a Belajar Sulaman KerawangJadi, kesemua perkara di atas merupakan intipati di dalam Online Courses Sulaman Kerawang. Anda bukan sahaja boleh menyulam kerawang malahan anda turut juga dapat menghasilkan pelbagai rekaan sulaman kerawang dengan baik, kemas dan sempurna.

Pengalaman Selama 23 Tahun Dalam Sulaman Kerawang Warisan Keluarga Diabadikan Di Sini

kerawang c Belajar Sulaman KerawangPuan Syahida Ramli yang merupakan pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic merupakan tenaga pengajar pakar yang sudah berpengalaman menyulam semenjak berumur 9 tahun lagi. Bidang Sulaman Kerawang ini merupakan warisan keluarga beliau dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Pendek kata, segala pengalaman beliau diabadikan dan dikongsi bersama di dalam platform ini.

Product Name: Belajar Sulaman Kerawang 741
Product Rating: 4.9
Summary: Belajar Sulaman Kerawang 741
Reviewed by: Visitors
Price: $148

2 comments

Trackback e pingback

  1. Hands On With Everpix, The Service That Centralizes All Your Photos From Desktop & Web | Blog02
    [...] Burns Busy Philipps Cameron Diaz Cameron Richardson Camilla Belle Carla Campbell Carla Gugino Carmen Electra Carol Grow Carrie Underwood ...
  2. Mobile Miscellany: week of October 17, 2011 | Blog05
    [...] Duff Heidi Klum Heidi Montag Hilarie Burton Hilary Duff Hilary Swank Isla Fisher Ivana Bozilovic Ivanka Trump Izabella Miko ...