posted by | on Blog | 19 comments

Rekaan koleksi sulam manik terkini secara global pasti terfikir ataupun gambarkan tentang jenis corak koleksi sulam manik yang dihasilkan di bahagian-bahagian tertentu fabrik. Fesyen Busana koleksi sulam manik tersebut akan lebih menarik jika ia menghiasi busana yang polos kerana ia tidak terikat pada elemen-elemen corak ataupun motif fesyen tempahan koleksi sulam manik yang ingin diketengahkan oleh si penyulam.

Fesyen Busana Sulam Manik dan Labuci Pada Batik

Sungguhpun begitu, bagi rekaan koleksi sulam manik baju pakaian batik pula amat sesuai untuk menyerlahkan sebahagian sahaja daripada hasil batik tersebut agar hasil tempahan koleksi sulam manik yang dihasilkan nampak timbul. Jika ia dihasilkan secara sarat, pastinya ia akan tenggelam dek corak batik yang sarat. Hal ini kerana, corak batik tradisional penuh dengan motif flora yang sarat berbanding dengan corak moden batik yang lebih tertumpu pada rekaan abstrak dan motif flora yang besar-besar.

Fesyen Busana Jahitan Manik Pada Fabrik Kapas

Selain itu juga, fesyen tempahan koleksi sulam manik juga kini dijahit pada fabrik kapas Jepun yang menjadi kegemaran kepada peminat fabrik itu sendiri. Oleh demikian, pastinya fesyen tempahan koleksi sulam manik turut dihasilkan pada fabrik-fabrik kapas agar ia Nampak lebih seri untuk digayakan bersama fabrik tersebut. Ini kerana umumnya, kita sedia maklum bahawa motif fabrik kapas ini lebih kepada motif Inggeris dan menggunakan warna-warna pastel. Dengan adanya tambahan seperti aneka rekaan koleksi sulam manik pada fabrik tersebut, ia akan menambahkan lagi seri fabrik tersebut sekali gus menyerikan busana yang digayakan oleh individu yang memakainya.

Pereka Sulaman Perlu Mempelbagaikan Fesyen Jahit Manik Tempahan Mereka

Oleh yang demikian, sebagai penyulam manik, anda harus peka dengan situasi-situasi di atas, agar fesyen tempahan koleksi sulam manik anda akan mempunyai peminatnya tersendiri. Ini kerana, hasil rekaan sulaman manik yang cantik dan tidak lapuk dek ditelan masa, pastinya akan digayakan oleh peminatnya sepanjang masa. Seperti mana kita menggayakan baju kurung begitulah sifatnya corak koleksi sulam manik yang menjadi minat di hati pelanggan dan penempah manik.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

showcase Fesyen Busana Jahitan Manik Terbaru

Jom Ketahui Cara Jahitan Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!

Product Name: Fesyen Busana Jahitan Manik Terbaru 463
Product Rating: 5.0
Summary: Fesyen Busana Jahitan Manik Terbaru 463
Reviewed by: Visitors
Price: $183

Related posts:

  1. Fesyen Koleksi Baju Manik Terbaru
  2. Aneka Rekaan Koleksi Baju Manik Terbaru
  3. Hasil Jahitan Sulam Manik Terkini
  4. Fesyen Tempahan Jahit Manik Kini
  5. Rekaan Manik dan Labuci Terkini
Tags: jahitan manik terbaru 2012, jahitan manik baru 2012, feshen baju manik 2012, jahitan manik baju terbaru 2012, manik baju, manik terkini 2012, fesyen baju sulam, jait manik baju batik, fesyen sulam terbaru 2012, jahitan manik terkini

19 comments

  1. Denise Hayes
  2. Dorothy Patterson
  3. Ernest Jackson
  4. Anna Carter
  5. Margaret Henry
  6. Sean Sanchez
  7. Henry Webb
  8. Karen Young
  9. Sean Martin
  10. Johnny Ford
  11. Melissa Garcia
  12. Steven Phillips
  13. Harry Woods

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply