Selamat Datang KeĀ Akademi Online Sulaman
Kami adalah Akademi Online Sri Classic yang menyediakan pelbagai jenis platform pembelajaran sulaman dan jahitan secara atas talian untuk kemahiran sulaman manik dan labuci, kemahiran sulaman ayak kerawang, kemahiran sulaman tangan atau dikenali juga sebagai sulam benang, kemahiran sulaman riben.
Jika anda merupakan individu yang berminat dengan seni kerajinan tangan ini, maka inilah peluang anda untuk belajar, kuasai dan mahir teknik-teknik sulaman yang disediakan. Malahan, anda tidak perlu mempunyai asas jahitan untuk mengikutinya. Hanya minat sahaja yang diperlukan di sini.
Sisipan Terkini
Hasil Koleksi Sulaman Manik Terkini || Baca Lagi
January 8, 2012
Fesyen Busana Jahitan Manik Terbaru || Baca Lagi
January 7, 2012
Rekaan Manik dan Labuci Terkini || Baca Lagi
January 4, 2012
Hasil Jahitan Sulam Manik Terkini || Baca Lagi
January 3, 2012
Online Video
Belajar cara jahitan dan teknik sulaman secara Video HD Online sama ada untuk segmen teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia.
Live Diskusi
Berbincang dan Berdiskusi secara live bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sama ada menggunakan paltform yang disediakan mahupun secara televideo konferensi.
Nota Berfoto
Kesemua teknik dan langkah menyulam dihimpunkan secara berfoto berwarna penuh untuk dimuat turun dan dijadikan panduan oleh peserta.
Faq
Jika Saya Mendaftar Bengkel Online Sulaman Ini, Adakah Saya Terikat Dengan Kontrak?
Tidak Sama Sekali. Sebagai pelajar, puan bebas meneruskan keahlian puan untuk mengikuti modul-modul seterusnya, atau puan boleh menamatkan keahlian puan pada bila-bila masa tanpa kontrak dan tanpa sebarang soalan.
Akan tetapi, sijil penyertaan yang diiktiraf HANYA DIBERIKAN kepada peserta yang telah menghabiskan kesemua Modul Sulaman yang diikuti.
Saya Sibuk Dengan Urusan Harian dan Kerjaya, Mampukah Saya Mengikuti Bengkel Ini?
Sudah Pasti! Ini kerana puan bebas mengakses setiap segmen yang diberikan di dalam Platform mengikut kesesuaian dan kelapangan masa puan. Semuanya adalah dalam bentuk Video HD Online. Kerana itulah Platform ini disediakan bagi membantu puan mempelajari, menguasai dan memahirkan diri dengan kemahiran sulaman tanpa perlu mengikuti bengkel-bengkel secara fizikal lagi.
Malahan, terdapat banyak perkara yang tidak dapat diberikan pada mana-mana bengkel sulaman secara fizikal iaitu Konsultasi Secara Langsung bersama Guru Sulaman 24/7 sehari. Dan di dalam platform ini, puan dapat mengatasi masalah tersebut.
Boleh Saya Tahu, Apa Perbezaan Platform Online Courses Ini dengan Bengkel-Bengkel Lain?
Sebenarnya saya tidak boleh ‘bias’ di sini. Tetapi jika puan menjadi peserta Online Courses Sulaman kami, maka konsultasi puan adalah secara langsung terus bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri selama 24/7 sepanjang masa. Ini bermakna, puan boleh bertanya apa jua sebarang kemusykilan tentang mana-mana teknik sulaman yang dipelajari dan akan dijelaskan dengan terperinci oleh Puan Syahida sendiri. Malahan, jika puan telah bergelar graduan, konsultasi bersama kami adalah PERCUMA SEUMUR HIDUP.
Dan konsep pembelajaran secara online ini adalah lebih kepada ‘Mentor Mentee’ atau ‘Sistem Inkubator’ yang lebih menekankan kepada penguasaan sepenuhnya untuk para pelajar agar sesiapa sahaja MAMPU MENJANA PENDAPATAN dengan apa jua kemahiran yang telah dipelajarinya di sini.
Adakah Saya Perlu Asas Jahitan Untuk Mengikuti Online Courses Ini?
Tidak Perlu. Ini kerana setiap Modul sulaman kami telah direka dan dibangunkan berdasarkan pengalaman 24 tahun (menjelang 2011) dalam bidang sulaman ini. Dan semua pengalaman ini dihimpunkan dalam Online Courses Sulaman ini. Malah ramai di kalangan peserta kami seawalnya langsung tiada asas jahitan tetapi setelah bergelar graduan, mereka kini telah berjaya menerima tempahan dan ada juga yang telah membuka bengkel sulaman dan jahitan sendiri.
Hubungi Kami
Sulaman Manik
Mahirkan diri anda dengan pelbagai cara jahitan manik dan labuci bermula dari asas, pertengahan hingga kepada penghasilan manik timbul dan komplikated.
Klik Sini
Sulam Kerawang
Gunakan mesin jahit mahupun mesin sulam yang anda miliki untuk memahirkan diri dengan pelbagai teknik sulaman ayak kerawang dari biku hingga ke tebuk kerawang.
Klik Sini
Sulaman Riben
Pelajari pelbagai kaedah dan cara jahitan yang betul untuk gubahan reben pada dekorasi dalaman, busana mahupun tudung. Pelbagai jenis kaedah gabungan teknik turut dimuatkan.
Klik Sini
Sulaman Tangan
Kuasai teknik sulaman tangan atau dikenali juga sebagai sulaman benang dengan hampir 45 teknik kesemuanya bersama pelbagai kaedah gabungan antara setiap teknik sulaman.
Klik Sini
Sulam Tatin
Pelajari pelbagai kaedah menyulam tatin tradisional yang hampir pupus ditelan zaman yang amat sesuai untuk dihasilkan untuk hiasan dalaman, selendang dan sebagainya.
Akan Datang
Jahitan Smoking
Jom hasilkan pelbagai rekaan smoking yang amat terkenal untuk fabrik pakaian kanak-kanak mahupun wanita dewasa yang dihasilkan di bahagian leher, dada mahupun tangan baju.
Akan Datang
Apa Kata Graduan Kami?
Dengan adanya Online Courses Sulaman Manik ini saya dapat mempelajari pelbagai teknik jahitan manik, sangat-sangat berpuas hati dan nota yang diberikan mudah difahami.
Salam… Secara jujur saya memang suka dengan online courses sulaman manik kerana saya dapat belajar pelbagai teknik dan tip-tip dalam menyulam manik pada fabrik.Waktu pembelajaran pula tidak terhad sebab bila-bila masa terluang saya boleh online tidak kira dimana saya berada.
Courses sulaman manik ni telah membantu saya menambah pendapatan sampingan dan membaiki mutu jahitan manik saya. Dan yang paling suka saya dapat bonus hehehehe…dapat berborak dengan teman-teman sambil bertukar pandangan…Saya bersyukur sangat kerana berjaya menamatkan course ini dengan memperolehi pelbagai ilmu dan peluang untuk mengembangkan bakat saya lagi.
Di masa yang akan datang jika ada lagi kelas online seumpama ini tentu sekali saya tidak akan melepaskan peluang ni.Terima kasih kepada Puan Syida kerana banyak membantu dan memberi peluang ke pada saya untuk mempelajari sulaman manik ini.
Terasa sedih pula untuk berpisah rasa macam tak percaya sudah habis 8 modul….Harap ada sambungan lagi untuk modul akan datang.
Online Courses ini memberi harapan baru buat saya yg duduk jauh utk mempelajari teknik Sulaman Manik dengan cara yang betul. Pembelajaran yg fleksibel memudahkan saya untuk mengikuti kelas ini semasa saya masih bekerja mahupun setelah menjadi surirumah. Yuran yg berpatutan menguatkan lagi semangat saya untuk belajar. Penerangan serta tips daripada puan syida banyak membantu saya dalam mengambil tempahan. Sokongan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama serta semangat serta kesungguhan puan syida menyebabkan saya merasa yakin bahawa tiada yg mustahil.
Ianya ialah mimpi jadi nyata. Dari langsung tiada ilmu dlm bidang sulaman hingga mampu mengambil tempahan dari pelanggan.dari satu level ke level yang lebih tinggi, teknik yang d pelajari mmg semakin cantik n complicated. Teguran dari Puan Syida terhadap hasil kerja yang saya hantar sangat saya hargai. Terima kasih Syida…dari teguran itu saya dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan saya serta dapat mmbina keyakinan diri utk menyulam baju pelanggan.

Komentar Terkini